Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Imam Hanafi. Imam hanafi, dahulunya adalah seorang peniaga yang hebat dan unggul. Beliau selalu mengikuti ayahandanya dalam berdagang. Asalnya, Imam Hanafi mempelajari ilmu sastera Arab, namun kerana berminat kepada ilmu yang banyak memerlukan akal untuk berfikir, beliau cenderung untuk mempelajari ilmu fiqah. Antara keperibadian beliau adalah seorang yang sangat cantik badannya, baik pertuturannya, harum pakaiannya, sangat menjaga kedudukan dan pakaiannya, pintar akalnya, pemurah, baik budi pekerti, suka membelanja orang, memberi hadiah, tegas dengan kebenaran, menjaga hal ehwal tetangga, warak akhlaknya, dan beliau juga mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
IMAM MALIK, Hadis Nabi Dijulang
Imam Malik merupakan salah-seorang daripada Imam Empat Mazhab yang agung. Beliau menuntut dengan Imam Hanafi. Mazhabnya lebih cenderung menggunakan sumber-sumber hadis yang sohih walaupun mazhab Imam Hanafi lebih gemar menggunakan pandapat, ijtihad di samping sumber perundangan terulung, Al-Quran dan Al-Hadis. Sifat mulia Imam Malik ini antaranya ialah adil, mempunyai daya ingatan yang cukup kuat, sangat sistematik, amat menitik beratkan soal pakaian, gemar pakaian yang baik dan elok, gemar memakai wangian, tidak suka mencukur misai, teliti dalam pemakanan, gemar makan pisang, sangat bijak dan menjaga maruah, mengambil berat tentang manusia, tidak banyak bercakap kerana menjaga lidah, tidak banyak mencampuri orang ramai, tidak banyak memberi fatwa, berakhlak baik, banyak beribadah, suka mengaji, sangat teliti mengambil hadis.
IMAM SYAFIE, Pendekatannya Diakui Dunia.
IMAM HAMBALI, Sunnah Cara Hidupnya
Imam hambali, pendiri Mazhab Imam Hambali. Beliau imam terakhir dalam susunan Imam Empat Mazhab yang ulung. Beliau dikagumi ramai dengan sifatnya yang zuhud, luhur, dan berakhlak tinggi. Beliau sangat cintakan ilmu, menuntutnya sebelum fajar menjelma, gemar memakai inai, pakaian kasar menjadi pilihan, memakai serban, kurang makan, menjaga makanannya, sangat berdikari walaupun telah uzur, duduk di atas hamparan lama sehingga carik, sangat kuat ingatan, faham dengan apa yang dihafalnya, sangat sabar, kuat azamnya, tetap pendiriannya, tidak riak, tidak suka bergurau senda, menjahit sendiri tampalan dibajunya, kasutnya berusia 17 tahun yang dibuat sendiri, banyak berpuasa, beliau merendah diri di hadapan orang miskin sekalipun beliau adalah orang mulia di hadapan orang besar dan ternama, suka memaafkan orang, sangat lembut, tenang, tidak gopoh, sangat merendah diri, bersih hatinya, banyak beribadah dan bertahajjud.
CONTOHILAH ULAMA’ AGUNG, MUDAHAN KITA MENDAPAT KEBERKATANNYA.
p/s: dipetik dari Buletin Ro'yuu Dakwah FIFA