Karnival Mahasiswa 2010 (Student Carnival 2010) merupakan program tahunan anjuran MPP USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Karnival yang melibatkan semua kelab/persatuan pelajar di bawah Bahagian HEP dan semua Sekretariat Fakulti ini akan berlangsung selama seminggu, bermula 19 Julai hingga 25 Julai 2010.
Pelbagai program dan aktiviti akan diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya pameran kelab/persatuan pelajar, bazar jualan, demonstrasi seni bela diri dan aktiviti-aktiviti berkaitan mahasiswa.
Majlis perasmian Karnival Mahasiswa akan diadakan pada 20 Julai 2010 hari Selasa jam 4.00 petang yang akan dirasmikan sendiri oleh Naib Censelor Universiti Sains Islam Malaysia.
Pelajar-pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Mahasiswa 2010.
No comments:
Post a Comment