BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kalendar Hijriah

Demi Masa

Nasihat Untuk Para Da'ie

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka iainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Medium Interaksi Penguat Ukhwah

Carta Organisasi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11 `BERILMU, BERAMAL, BERJASA'

PENGERUSI

MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN


TIMBALAN PENGERUSI

HAZIRATUL HAIDA BT ABD RAZAK


SETIAUSAHA

MOHD ISMAIL BIN AWANG


SETIAUSAHA II

NURJAZMINA BT ROSLI


BENDAHARI

MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN


PENOLONG BENDAHARI

NORAZLINA BT AMRAN


EXCO AKADEMIK

MOHD ADZHA B. SA’PIE

IZYAN SYAZWANI BT AHMAD JAMALI


EXCO KEBAJIKAN

AISAMUDDDIN B. ARIFF

SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED


EXCO TEKNIKAL DAN INFORMASI

MUHAMMAD TABRANI BIN KA'AB

NOR AFNI BT SATUMIN


EXCO PROGRAM DAN AKTIVITI

MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH

SITI FHATIHAH BT JAAFAR


EXCO PEMBANGUNAN INSAN

IBADURRAHMAN B. MOHAMED

NURUL HUDA BT RAMLI




Jom Cari Blog Islami

25 December 2009

Semester 4

Insyaallah semua pelajar fiqh fatwa sesi 08/09 akan mengambil 9 subjek bersamaan 23 jam kredit utk semester 4. Senarai subjek seperti berikut:

KOD             KREDIT              KETERANGAN                                                        

AAA2022         2                     Akhlak dan Tasawwuf                                                   
LAA2043         3                    Qawa'id Fiqhiyyah                                                          
LAA2053         3                    Al-ahwal Al-sakhsiyyah                                                
LBA2083         3                    Fiqhul Munakahat                                                          
LCA2033         3                    Mabahith Adillatul Ahkam                                           
LCA3053         3                    Pengajian Malaysia                                                         
UTA2072        2                    Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah       
UTA2082        2                    Pengajian Halaqah                                                    
                          2                    Elektif                                                                         


24 December 2009

Belajar kerana Allah

Assalamualaikum wbt..

Bersyukur ke hadrat Allah Taala di atas nikmat Iman dan Islam, yang merupakan sebesar-besar nikmat. Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad, Nabi yang Agung, Pembawa rahmat ke seluruh alam.
Alhamdulillah..kita semua bakal kembali ke campus tidak lama lagi, dan sudah pasti ramai yg masih berat utk meninggalkan kampung halaman setelah lama bercuti dan semalam (23hb), pelajar2 usim telah digemparkan dengan keputusan peperiksaan yang lepas..Ada yang takut,seram,excited,happy dan sebagainya..Mungkin diantara kita ada yang result naik, ada yang mungkin jatuh sikit, atau steady je tp ingatlah semuanya adalah hasil usaha kita sendiri.
Peperiksaan adalah lumrah dalam kehidupan seorang pelajar yang mana Ia menguji kemampuan dan penguasaan kita dalam pelajaran, adakah benar kita memahami ilmu yang disampaikan ataupun tidak.  Dan sudah menjadi amanah ke atas kita untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya cemerlang di dalam peperiksaan. Kejayaan kita amatlah diharap-harapkan oleh kedua orang tua dan Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kita satu nikmat yang amat bernilai iaitu nikmat akal. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang hamba utk memanfaatkan nikmat yang diberi. Jadi berfikir dan merancanglah utk mengapai sebuah kejayaan yang kita impikan. Perbanyakkan solat tahajud,solat hajat dan memohanlah kepada Allah. Jangan jemu berusaha kerana Allah berjanji akan membantu mereka yang berjuang di jalanNya dan tuntut lah ilmu hanya kerana Allah dan bukan demi ganjaran di dunia.  Semoga berjaya utk semua..bittaufiq wannajah.
Disini juga ada artikel yang ingin dikongsi bersama
  “Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram dan marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. "Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.

Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya. 

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”

“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman?
Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.
              
                                                            Wallahu'alam



 
 

21 December 2009

Menangislah kerana Allah


( Bingkisan ini khas buat mereka yang selalu leka dengan dunia dan menangisi kekecewaan di       dunia;  menangis kerana bergaduh dengan kekasihnya, menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya dan sebagainya)


 MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH


Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang maksudnya:
“…Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku….”
 Diceritakan  ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak  hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang  telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”
Rasulullah saw bersabda:
 “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah, pada hari kiamat didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

16 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431







TAN SRI DR. MOHAMAD YUSOF NOOR TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1431H/2009



Bandar Baru Nilai, 18 Disember 2009 – Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan sempena sambutan Maal Hijrah 1431 H/2009.

Anugerah kali kelapan ini disampaikan oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Turut hadir Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom dan tetamu kehormat yang lain.

Turut menerima anugerah yang sama bagi kategori antarabangsa ialah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Al-Alaamah Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi. Sebagai penerima, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor dan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi menerima wang tunai RM100,000 beserta dengan sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.
Dalam ucapannya, Tan Sri yang juga adalah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai bukti kejayaan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya sekadar mewakili mereka. Saya tidak fikir saya telah banyak membuat jasa namun ia akan menjadi cabaran kepada saya untuk menyumbang lebih banyak buah fikiran untuk pembangunan ummah”.

“Saya juga berazam memastikan rakyat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini lebih memahami antara satu sama lain untuk membantu kerajaan merealisasikan konsep 1Malaysia” , tambah beliau lagi.

Beliau yang mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Cairo telah melanjutkan bidang pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Falsafah di Universiti Kaherah. Kini beliau menjawat  jawatan sebagai Pengerusi FELDA, Pengerusi Majlis Penasihat Tabung Haji dan Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam Malaysia.

Pihak pengurusan USIM mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan tahun 1431H sekali gus mengangkat imej USIM sebagai sebuah institusi pengajian Tinggi yang menhjulang ilmu aqli dan naqli secara kolektif.

Oleh :
Mohd Hariri Mohamad Daud
Penolong Pendaftar Unit Perhubungan Awam
hariri@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028




13 December 2009

NC ke- 2 PROF. DATO’ DR. MUHAMAD MUDA NAIB CANSELOR KEDUA USIM


Cetak Emel
Nilai, 10 Disember 2009 – Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah bersetuju melantik  Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Y.Bhg. Prof.  Dato’ Dr. Muhamad Muda sebagai Naib Canselor yang baru universiti itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Disember 2009 hingga 30 November 2012.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, yang merupakan ‘arkitek’ perintis USIM selama 10 tahun dan telah menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor pertama USIM pada 28 November 2009.

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda memulakan kerjaya di USIM sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat bermula tahun 2001 hingga 2007. Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta mempelopori penawaran program pengajian Ekonomi dan Muamalat. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa sehingga 31 November 2009 lalu.

Sebagai Naib Canselor USIM yang kedua, beliau meletakkan fokus dan matlamat untuk memastikan USIM menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam serta terus menjadi daya sinergi perjuangan warganya  agar  pembentukan generasi cemerlang dan masyarakat berilmu yang holistik dapat digarap.

Pengalaman beliau sebelum ini sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa dan Dekan Fakulti mampu menjadi aspirasi untuk menggerakkan kecemerlangan USIM berlandaskan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Oleh :
Unit Perhubungan Awam
pro@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

11 December 2009

Takwim Semester II

AKTIVITI                                                       TEMPOH
Pendaftaran Kursus (secara online)             24 – 27 Dis 2009
Perkuliahan                                                   28 Dis 2009 – 12 Feb 2010
Cuti Pertengahan Semester II                     13 – 21 Feb 2010
Perkuliahan                                                  22 Feb – 09 April 2010
Cuti Ulangkaji                                              10 – 18 April 2010 1
Peperiksaan                                                  19 April – 08 Mei 2010
Cuti Semester II                                              09 Mei – 04 Julai 2010 




 
SENARAI HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR
HARI KELEPASAN TAHUN 2010




Tahun Baru                                                                                      01 Januari (Jumaat)
Tahun Baru China                                                                           14 dan 15 Februari  (Ahad dan Isnin)
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W                                    26 Februari (Jumaat)
Hari Pekerja                                                                                     01 Mei (Sabtu)
Hari Wesak                                                                                      21 Mei (Jumaat)
Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong                              06 Jun (Ahad)
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan
(Kampus Nilai Sahaja)                                                                      19 Julai (Isnin)
Israk dan Mikraj
(Kampus Nilai Sahaja)                                                                      10 Julai (Sabtu)
Hari Kebangsaan                                                                              31 Ogos (Selasa)
Hari Nuzul Al-Quran
(Kampus Cawangan Pandan Indah Sahaja)                                27 Ogos (Jumaat)
Hari Raya Puasa                                                                         10 dan 11 September(Jumaat dan Sabtu)
Hari Deepavali                                                                                05 November (Jumaat)
Hari Raya Qurban                                                                           17 November (Jumaat)
Hari Keputeraan Sultan Selangor
(Kampus Cawangan Pandan Indah Sahaja)                                11 Disember (Sabtu)
Awal Muharram                                                                         07 Disember (Selasa)
Hari Krismas                                                                                25 Disember (Sabtu)
* tertakluk kepada pindaan


P/s: Ni takwim yang telah di edit...utk mendptkan takwim penuh sila klik link di bawah..
      
Takwim Penuh





07 December 2009

About FIFA



Latarbelakang Penubuhan


Organisasi ini diwujudkan untuk menyelia dan menyelaraskan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar ijazah sarjana muda fiqh dan fatwa(SMFF) tahun 2 sesi 2009,demi manfaat dan kepentingan bersama.



Visi

Melahirkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelbagai aspek,di samping mampu menguasai pelbagai kemahirandan kepakaran yang membolehkan mereka bersaing dengan graduan-graduan lain,sama ada dari IPTA atau IPTS, sama ada dari dalam atau luar negara.



Misi

• Menanam sikap saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain
• Mewujudkan persaingan yang sihat dan positif dalam bidang akademik
• Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sosial untuk meningkatkan penguasaan ‘soft-skill’.
• Saling ingat-mengingati dan berpesan ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Motto

‘BERILMU, BERAMAL, BERJASA’


Carta Organisasi SMFF Tahun 2 Sesi 09/10

KETUA : MOHD ADZHA B. SA’PIE
PENOLONG KETUA : NORAZIANA BT AZIZ
SETIAUSAHA : MOHD ISMAIL BIN AWANG
BENDAHARI : MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN
PENOLONG BENDAHARI : NOR AFNI BT SATUMIN


BIRO-BIRO :

AKADEMIK DAN PERHUBUNGAN :
- IBADURRAHMAN B. MOHAMED
- MUNIRAH BT MAKHYUDIN


KEBAJIKAN DAN MAKLUMAT :
- MOHD JAMHURI B. NAWI
- SALBIAH BT YASAT


TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN :
- AISAMUDDDIN B. ARIFF
- SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED

PROGRAM DAN TUGASAN KHAS :
- ABDULLAH B. LONG
- NOR FALIHIN BT ZOOR

DAKWAH DAN KEROHANIAN :
- MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN
- HAZIRATUL AIDA BT ABD RAZAK