BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kalendar Hijriah

Demi Masa

Nasihat Untuk Para Da'ie

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka iainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Medium Interaksi Penguat Ukhwah

Carta Organisasi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11 `BERILMU, BERAMAL, BERJASA'

PENGERUSI

MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN


TIMBALAN PENGERUSI

HAZIRATUL HAIDA BT ABD RAZAK


SETIAUSAHA

MOHD ISMAIL BIN AWANG


SETIAUSAHA II

NURJAZMINA BT ROSLI


BENDAHARI

MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN


PENOLONG BENDAHARI

NORAZLINA BT AMRAN


EXCO AKADEMIK

MOHD ADZHA B. SA’PIE

IZYAN SYAZWANI BT AHMAD JAMALI


EXCO KEBAJIKAN

AISAMUDDDIN B. ARIFF

SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED


EXCO TEKNIKAL DAN INFORMASI

MUHAMMAD TABRANI BIN KA'AB

NOR AFNI BT SATUMIN


EXCO PROGRAM DAN AKTIVITI

MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH

SITI FHATIHAH BT JAAFAR


EXCO PEMBANGUNAN INSAN

IBADURRAHMAN B. MOHAMED

NURUL HUDA BT RAMLI




Jom Cari Blog Islami

13 December 2009

NC ke- 2 PROF. DATO’ DR. MUHAMAD MUDA NAIB CANSELOR KEDUA USIM


Cetak Emel
Nilai, 10 Disember 2009 – Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah bersetuju melantik  Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Y.Bhg. Prof.  Dato’ Dr. Muhamad Muda sebagai Naib Canselor yang baru universiti itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Disember 2009 hingga 30 November 2012.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, yang merupakan ‘arkitek’ perintis USIM selama 10 tahun dan telah menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor pertama USIM pada 28 November 2009.

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda memulakan kerjaya di USIM sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat bermula tahun 2001 hingga 2007. Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta mempelopori penawaran program pengajian Ekonomi dan Muamalat. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa sehingga 31 November 2009 lalu.

Sebagai Naib Canselor USIM yang kedua, beliau meletakkan fokus dan matlamat untuk memastikan USIM menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam serta terus menjadi daya sinergi perjuangan warganya  agar  pembentukan generasi cemerlang dan masyarakat berilmu yang holistik dapat digarap.

Pengalaman beliau sebelum ini sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa dan Dekan Fakulti mampu menjadi aspirasi untuk menggerakkan kecemerlangan USIM berlandaskan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Oleh :
Unit Perhubungan Awam
pro@usim.edu.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

No comments:

Post a Comment