BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kalendar Hijriah

Demi Masa

Nasihat Untuk Para Da'ie

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka iainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Medium Interaksi Penguat Ukhwah

Carta Organisasi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11 `BERILMU, BERAMAL, BERJASA'

PENGERUSI

MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN


TIMBALAN PENGERUSI

HAZIRATUL HAIDA BT ABD RAZAK


SETIAUSAHA

MOHD ISMAIL BIN AWANG


SETIAUSAHA II

NURJAZMINA BT ROSLI


BENDAHARI

MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN


PENOLONG BENDAHARI

NORAZLINA BT AMRAN


EXCO AKADEMIK

MOHD ADZHA B. SA’PIE

IZYAN SYAZWANI BT AHMAD JAMALI


EXCO KEBAJIKAN

AISAMUDDDIN B. ARIFF

SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED


EXCO TEKNIKAL DAN INFORMASI

MUHAMMAD TABRANI BIN KA'AB

NOR AFNI BT SATUMIN


EXCO PROGRAM DAN AKTIVITI

MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH

SITI FHATIHAH BT JAAFAR


EXCO PEMBANGUNAN INSAN

IBADURRAHMAN B. MOHAMED

NURUL HUDA BT RAMLI




Jom Cari Blog Islami

19 July 2010

Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat sekali?

Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat sekali?


Jawapan:


Persoalan ini termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Ada ulama yang berpendapat tidak harus mengumpul niat puasa wajib (ganti) dengan niat puasa sunat dan ada ulama yang mengharuskannya.


Mengikut Dr Abd Rahman al-Birr, Professor di Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar bahawa tidak harus mengumpul niat puasa qadha’ (wajib) dengan puasa sunat untuk satu puasa. 


Antara hujahnya ialah mengenai seorang lelaki bertanya Rasulullah saw mengenai hasratnya untuk mengerjakan haji untuk orang lain. Lalu Rasulullah saw bersabda: "Tunaikan haji untuk dirimu terlebih dahulu." 


Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima yang sunat sehinggalah kamu menunaikan yang wajib”.


Antara ulama yang mengharuskan mengumpul niat puasa qadha’ dengan puasa sunat ialah Syeikh A’tiyyah Saqr (bekas ketua majlis Fatwa al-Azhar). Perkara ini disebut oleh beliau ketika membincang hukum mengenai mengumpul niat puasa qadha’  dengan niat puasa sunat enam hari daripada bulan Syawal. Beliau menyebut perkara ini di dalam kitabnya أحسن الكلام في الفتوي والأحكام . Antara hujah yang digunakan adalah hadis mengenai setiap amalan adalah dengan niat.  Walaubagaimana pun adalah afdhal (lebih baik) mengasingkan puasa qadha’ dengan puasa sunat.



Sebagai kesimpulan, permasalahan ini berlaku khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Setiap pihak mempunyai hujah masing-masing. Untuk mencari yang afdhal adalah elok memisahkan antara puasa qadha’ dengan puasa sunat.



Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiauasaha MUIS

18 July 2010

Sebab Musabab Berlakunya Bala


Dunia kini acapkali  digemparkan dengan malapetaka yang meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Pelbagai persoalan  terlintas di benak pemikiran manusia tentang kenapakah Tuhan mengirimkan malapetaka ini sehinggakan ada dikalangan manusia yang sanggup menyalahkan takdir Allah tanpa menyedari Aqidah yang menjadi benteng diri selama ini rosak begitu sahaja. Sesungguhnya sejak 14 abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara jelas faktor berlakunya “bala” yang dikirimkan oleh Allah SWT ke atas umat baginda iaitu:

1.    Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit
2.    Umat Islam sanggup mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka
3.    Muncul golongan anti hadis yang tidak dapat dibendung
4.    Umat Islam yang terlalu ramai bergolomang dalam keseronokan
5.    Terlampau mewah
6.    Ibu melahirkan tuannya
7.    Bangunan Pencakar langit
8.    Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama
9.    Menghimpun harta sebanyak mungkin hingga lupa untuk menggarap ilmu agama
10.  Tipu menipu dalam perkara dunia
11.  Saling bertengkar dalam perkara remeh temeh yang sepatutnya boleh di maafkan
12.  Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut dalam kalangan manusia
13.  Riba wujud dimana-mana
14.  Ramai orang minum arak dan menganggapnya bukan arak
15.  Golongan lelaki makin sedikit manakala golongan wanita semakin banyak
16.  Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
17.  Orang baik terlalu sedikit manakala orang jahat semakin ramai
18.  Muncul orang yang tidak peduli tentang sumber harta yang diperolehinya
19.  Berlaku peperangan demi peperangan
20.  Masa yang menjadi singkat
21.  Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang dinegara umat Islam sendiri
22.  Berleluasa amalan rasuah dalam pelbagai bentuk dan helah
23.  Muncul galian-galian bumi
24.  Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah SWT
25.  Bermegah-megah dengan keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama
26.  Menggadai Agama demi dunia
27.  Pelaksanaan Haji dan Umrah bukan kerana Allah
28.  Harta Negara bertukar tangan ke tangan pemimpin
29.  Suatu amanah dianggap sebagai batu ujian yang dahsyat terhadap Iman
30.  Peperangan di kawasan sungai Furat kerana merebut kekayaan
31.  Ketiadaan Iman untuk bersolat Jemaah
32.  Loncatan untuk mengaut keuntungan
33.  Bayaran zakat di anggap sebagai denda/saman
34.  Suami yang terlalu tunduk pada isteri
35.  Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu bapa mereka
36.  Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kawan dan rakan
37.  Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak mereka
38.  Berlaku pertengkaran dalam masjid
39.  Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih sebagai ketua bagi sesuatu kaum
40.  Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya
41.  Apabila minuman keras tersebar luas
42.  Ramai golongan lelaki memakai sutera
43.  Artis-artis wanita diagungkan
44.  Alat-alat muzik diguna pakai sebagai mata pencarian
45.  Kesilapam manusia kini mengutuk generasi dulu

Maka apabila berlakunya perkara-perkara di atas maka Nabi Muhammad SAW bersabda “ Tunggulah, ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, putting-beliung dan bahaya-bahaya lain hingga berlaku penukaran corak dan rupa.”
Bersama kita renungkan bersama……..

Dipetik dari buku “KENAPA ALLAH MURKA” karangan Mohammad Qayyum A.Badaruddin  

Renung-renungkan dan Selamat Beramal


SABDA RASULULLAH SAW:

“TIDAK LURUS (ISTIQOMAH) IMAN SESEORANG HAMBA ITU SEHINGGA HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEHINGGA LURUS LIDAHNYA”

(HADITH RIWAYAT: AHMAD)



HURAIAN:

1)    MAKSUD ISTIQOMAH IALAH TETAP TEGUH DI ATAS JALAN YANG BETUL LURUS YANG MEMBAWA KEREDHAAN ALLAH SWT.

2)    DASAR ISTIQOMAH ADALAH ISTIQOMAH HATI IAITU LURUSNYA HATI DI ATAS TAUHID. APABILA HATI TELAH BERISTIQOMAH KEPADA ALLAH DALAM ERTI KATA TAKUT, CINTA, TAWAKKAL DAN MENGAGUNGKAN ALLAH, MAKA SELURUH ANGGOTA TUBUH AKAN TAAT KEPADA-NYA. HAL INI BERLAKU KERANA HATI IALAH RAJA KEPADA BADAN MANAKALA ANGGOTA BADAN ADALAH RAKYATNYA.



3)    ANGGOTA TERPENTING SELEPAS HATI YANG MESTI DI BERI PERHATIAN SERIUS AGAR BERISTIQOMAH IALAH LIDAH KERANA LIDAH ADALAH TERJEMAHAN HATI YANG MENGGAMBARKAN PEMIKIRAN SESEORANG.





DIRIWAYATKAN OLEH ANAS R.A: NABI MUHAMMAD SAW PERNAH BERSABDA:



“ TIDAK ADA SEORANG PUN DI ANTARA KALIAN DIPANDANG BERIMAN SEBELUM IA MENYAYANGI SAUDARANYA SESAMA MUSLIM SEPERTI HALNYA IA MENYAYANGI DIRINYA SENDIRI”

(HADITH RIWAYAT: AL-BUKHARI”




HURAIAN:

SIKAP SALING SAYANG MENYAYANG ANTARA SIFAT TERPUJI YANG MENJADIKAN IMAN SESEORANG MUKMIN BERTAMBAH SEMPURNA. SESEORANG MUKMIN YANG SEMPURNA IMANNYA AKAN MENYAYANGI SAUDARANYA SEPERTI DIA MENYAYANGI DIRINYA SENDIRI. BERKASIH SAYANG DALAM ISLAM TIDAK TERHAD KEPADA GOLONGAN TERTENTU SEBALIKNYA MELIPUTI SEMUA PIHAK DENGAN KEUTAMAANNYA DI BERIKAN KEPADA IBU BAPA, SUAMI ISTERI, KELUARGA, SAUDARA MUSLIM DAN AKHIRNYA SELURUH MANUSIA.



DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS R.A KATANYA:

“APABILA NABI SAW MEMBERITAHU SEBUAH PERNYATAAN, BAGINDA MENGULANGINYA SAMPAI TIGA KALI HINGGA ORANG RAMAI DAPAT MEMAHAMI DAN MENGERTI PERKATAANNYA DENGAN BAIK DAN SETIAP KALI NABI MEMINTA IZIN UNTUK MASUK (KE DALAM RUMAH, IA MENGETUK PINTU) TIGA KALI DAN MENGUCAPKAN SALAM.”

(HADITH RIWAYAT: AL-BUKHARI)


HURAIAN:

SIMBOLIK TIGA KALI DALAM SESUATU PERBUATAN BERGANTUNG PADA SITUASI DAN TEMPAT. DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA IBADAH SEPERTI MENGAMBIL WUDHU’, KITA DI KEHENDAKI MELAKUKAN PADA SATU-SATU RUKUN ITU SEBANYAK TIGA KALI, KERANA IA ADALAH LEBIH BAIK BAHKAN TERMASUK DALAM PERKARA SUNAT. MALAH BAGI KEBANYAKAN PERKARA, PERBUATAN MENGULANG-ULANG ITU DI ANGGAP AKAN MENYEMPURNAKAN KEKURANGAN YANG BERLAKU SEBELUMNYA DARIPADA  LANGSUNG  TIDAK MELAKUKANNYA ATAU SETIDAK-TIDAKNYA MENDUAKAN MALAH LEBIH BAGUS MENIGAKAN DAN SETERUSNYA. JIKA KURANG DARI TIGA KALI DI TAKUTI MENJADI KURANG BERMANFAAT, KHUSUSNYA DALAM PERBUATAN MENGINGAT ATAU MENGHAFAL ILMU YANG MENUNTUT KITA MENGULANG-ULANGNYA BEBERAPA KALI, SESUAI DENGAN SIFAT MANUSIA YANG MUDAH LUPA. NAMUN BEGITU, ADA JUGA BERLAKU SEKIRANYA SESUATU ITU DI LAKUKAN LEBIH DARI TIGA KALI AKAN MENGUNDANG MUDHARAT DAN KEBURUKAN ATAU JATUH PADA TAHAP BATAL. CONTOHNYA, JIKA BERGERAK DENGAN SENGAJA LEBIH DARI TIGA KALI SEWAKTU DALAM SOLAT, SOLAT DI ANGGAP BATAL.

16 July 2010

TARIKH PENTING BAGI PROGRAM-PROGRAM SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Semester I Sesi Akademik 2010/2011




Pendaftaran Kursus (Secara Online)
08/07/2010 - 11/07/2010
Perkuliahan
12/07/2010 - 29/10/2010
Pendaftaran Kursus Lewat Berdenda
12/07/2010 - 25/07/2010
Tambah Kursus
12/07/2010 - 25/07/2010
Gugur Kursus*
12/07/2010 - 08/08/2010
Tempoh Tarik Diri Kursus**
09/08/2010 - 19/09/2010
Tempoh Semakan dan Pengesahan Senarai Kursus yang telah Didaftarkan
16/08/2010 - 22/08/2010
Tempoh Semakan dan Pengesahan Senarai Kursus yang telah Didaftarkan untuk Peperiksaan
20/09/2010 - 26/09/2010
Tempoh Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Secara Online (e-Nilai)
01/11/2010 - 28/11/2010
Cetakan Jadual dan Kad Masuk Peperiksaan
01/11/2010 - 28/11/2010
Peperiksaan
22/11/2010 - 10/12/2010

15 July 2010

KARNIVAL MAHASISWA 2010 (KARSIS `10)



Karnival Mahasiswa 2010 (Student Carnival 2010) merupakan program tahunan anjuran MPP USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Karnival yang melibatkan semua kelab/persatuan pelajar di bawah Bahagian HEP dan semua Sekretariat Fakulti ini akan berlangsung selama seminggu, bermula 19 Julai hingga 25 Julai 2010.

Pelbagai program dan aktiviti akan diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya pameran kelab/persatuan pelajar, bazar jualan, demonstrasi seni bela diri dan aktiviti-aktiviti berkaitan mahasiswa.

Majlis perasmian Karnival Mahasiswa akan diadakan pada 20 Julai 2010 hari Selasa jam 4.00 petang yang akan dirasmikan sendiri oleh Naib Censelor Universiti Sains Islam Malaysia.

Pelajar-pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Mahasiswa 2010.

14 July 2010

Organisasi Baru Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11


PENGERUSI
MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN

TIMBALAN PENGERUSI
HAZIRATUL HAIDA BT ABD RAZAK

SETIAUSAHA 
MOHD ISMAIL BIN AWANG

SETIAUSAHA II
NURJAZMINA BT ROSLI

BENDAHARI 
MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN

PENOLONG BENDAHARI 
NORAZLINA BT AMRAN



 EXCO AKADEMIK 
  MOHD ADZHA B. SA’PIE
IZYAN SYAZWANI BT AHMAD JAMALI


EXCO KEBAJIKAN
AISAMUDDDIN B. ARIFF
SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED

EXCO TEKNIKAL DAN INFORMASI 
MUHAMMAD TABRANI BIN KA'AB
NOR AFNI BT SATUMIN

EXCO PROGRAM DAN AKTIVITI
MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH
SITI FHATIHAH BT JAAFAR

EXCO PEMBANGUNAN INSAN
IBADURRAHMAN B. MOHAMED
NURUL HUDA BT RAMLI


`BERILMU, BERAMAL, BERJASA'