BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kalendar Hijriah

Demi Masa

Nasihat Untuk Para Da'ie

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka iainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Medium Interaksi Penguat Ukhwah

Carta Organisasi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11 `BERILMU, BERAMAL, BERJASA'

PENGERUSI

MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN


TIMBALAN PENGERUSI

HAZIRATUL HAIDA BT ABD RAZAK


SETIAUSAHA

MOHD ISMAIL BIN AWANG


SETIAUSAHA II

NURJAZMINA BT ROSLI


BENDAHARI

MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN


PENOLONG BENDAHARI

NORAZLINA BT AMRAN


EXCO AKADEMIK

MOHD ADZHA B. SA’PIE

IZYAN SYAZWANI BT AHMAD JAMALI


EXCO KEBAJIKAN

AISAMUDDDIN B. ARIFF

SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED


EXCO TEKNIKAL DAN INFORMASI

MUHAMMAD TABRANI BIN KA'AB

NOR AFNI BT SATUMIN


EXCO PROGRAM DAN AKTIVITI

MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH

SITI FHATIHAH BT JAAFAR


EXCO PEMBANGUNAN INSAN

IBADURRAHMAN B. MOHAMED

NURUL HUDA BT RAMLI




Jom Cari Blog Islami

19 July 2010

Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat sekali?

Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat sekali?


Jawapan:


Persoalan ini termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Ada ulama yang berpendapat tidak harus mengumpul niat puasa wajib (ganti) dengan niat puasa sunat dan ada ulama yang mengharuskannya.


Mengikut Dr Abd Rahman al-Birr, Professor di Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar bahawa tidak harus mengumpul niat puasa qadha’ (wajib) dengan puasa sunat untuk satu puasa. 


Antara hujahnya ialah mengenai seorang lelaki bertanya Rasulullah saw mengenai hasratnya untuk mengerjakan haji untuk orang lain. Lalu Rasulullah saw bersabda: "Tunaikan haji untuk dirimu terlebih dahulu." 


Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima yang sunat sehinggalah kamu menunaikan yang wajib”.


Antara ulama yang mengharuskan mengumpul niat puasa qadha’ dengan puasa sunat ialah Syeikh A’tiyyah Saqr (bekas ketua majlis Fatwa al-Azhar). Perkara ini disebut oleh beliau ketika membincang hukum mengenai mengumpul niat puasa qadha’  dengan niat puasa sunat enam hari daripada bulan Syawal. Beliau menyebut perkara ini di dalam kitabnya أحسن الكلام في الفتوي والأحكام . Antara hujah yang digunakan adalah hadis mengenai setiap amalan adalah dengan niat.  Walaubagaimana pun adalah afdhal (lebih baik) mengasingkan puasa qadha’ dengan puasa sunat.



Sebagai kesimpulan, permasalahan ini berlaku khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Setiap pihak mempunyai hujah masing-masing. Untuk mencari yang afdhal adalah elok memisahkan antara puasa qadha’ dengan puasa sunat.



Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiauasaha MUIS

No comments:

Post a Comment