BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Kalendar Hijriah

Demi Masa

Nasihat Untuk Para Da'ie

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka iainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Medium Interaksi Penguat Ukhwah

Carta Organisasi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11 `BERILMU, BERAMAL, BERJASA'

PENGERUSI

MUHAMMAD NAIM B. KAMARUL ZAMAN


TIMBALAN PENGERUSI

HAZIRATUL HAIDA BT ABD RAZAK


SETIAUSAHA

MOHD ISMAIL BIN AWANG


SETIAUSAHA II

NURJAZMINA BT ROSLI


BENDAHARI

MOHD ZUL HISHAM BIN MOHD HASSAN


PENOLONG BENDAHARI

NORAZLINA BT AMRAN


EXCO AKADEMIK

MOHD ADZHA B. SA’PIE

IZYAN SYAZWANI BT AHMAD JAMALI


EXCO KEBAJIKAN

AISAMUDDDIN B. ARIFF

SHARIFAH SHAZWANI SYED MOHAMED


EXCO TEKNIKAL DAN INFORMASI

MUHAMMAD TABRANI BIN KA'AB

NOR AFNI BT SATUMIN


EXCO PROGRAM DAN AKTIVITI

MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH

SITI FHATIHAH BT JAAFAR


EXCO PEMBANGUNAN INSAN

IBADURRAHMAN B. MOHAMED

NURUL HUDA BT RAMLI




Jom Cari Blog Islami

31 January 2010

INFO ULAMA


IMAM ABU HANIFAH, Pengasas Mazhab Terunggul


Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Imam Hanafi. Imam hanafi, dahulunya adalah seorang peniaga yang hebat dan unggul. Beliau selalu mengikuti ayahandanya dalam berdagang. Asalnya, Imam Hanafi mempelajari ilmu sastera Arab, namun kerana berminat kepada ilmu yang banyak memerlukan akal untuk berfikir, beliau cenderung untuk mempelajari ilmu fiqah. Antara keperibadian beliau adalah seorang yang sangat cantik badannya, baik pertuturannya, harum pakaiannya, sangat menjaga kedudukan dan pakaiannya, pintar akalnya, pemurah, baik budi pekerti, suka membelanja orang, memberi hadiah, tegas dengan kebenaran, menjaga hal ehwal tetangga, warak akhlaknya, dan beliau juga mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.




IMAM MALIK, Hadis Nabi Dijulang

Imam Malik merupakan salah-seorang daripada Imam Empat Mazhab yang agung. Beliau menuntut dengan Imam Hanafi. Mazhabnya lebih cenderung menggunakan sumber-sumber hadis yang sohih walaupun mazhab Imam Hanafi lebih gemar menggunakan pandapat, ijtihad di samping sumber perundangan terulung, Al-Quran dan Al-Hadis. Sifat mulia Imam Malik ini antaranya ialah adil, mempunyai daya ingatan yang cukup kuat, sangat sistematik, amat menitik beratkan soal pakaian, gemar pakaian yang baik dan elok, gemar memakai wangian, tidak suka mencukur misai, teliti dalam pemakanan, gemar makan pisang, sangat bijak dan menjaga maruah, mengambil berat tentang manusia, tidak banyak bercakap kerana menjaga lidah, tidak banyak mencampuri orang ramai, tidak banyak memberi fatwa, berakhlak baik, banyak beribadah, suka mengaji, sangat teliti mengambil hadis.


IMAM SYAFIE, Pendekatannya Diakui Dunia.

Imam Syafie merupakan penegak Mazhab Imam Syafie. Mazhabnya adalah gabungan Mazhab Imam Hanafi dan Mazhab Imam Malik, menggabungkan pendapat akal dan Hadis yang agung dan menghasilkan satu mazhab yang teguh berdiri dengan hujah-hujah yang mantap. Sifat unggul beliau adalah sangat kuat ingatan, pandai nahu arab, pandai bersyair, hebat dalam memanah, sangat indah langgam suaranya ketika mengalunkan ayat quran hingga menangis orang mendengarnya, tidak banyak belanja untuk pakaian, mengetahui ilmu perubatan, cekap menunggang kuda, cekap berfikir, kuat fahamannya, luas dan jauh pandangannya, fasih lidahnya, mantap syarahannya dan mengetahui rahsia jiwa. Beliau sangat menjaga maruah, sangat taat dan setia, banyak beribadat dan tahajjud serta sangat takut pada Allah.




IMAM HAMBALI, Sunnah Cara Hidupnya

Imam hambali, pendiri Mazhab Imam Hambali. Beliau imam terakhir dalam susunan Imam Empat Mazhab yang ulung. Beliau dikagumi ramai dengan sifatnya yang zuhud, luhur, dan berakhlak tinggi. Beliau sangat cintakan ilmu, menuntutnya sebelum fajar menjelma, gemar memakai inai, pakaian kasar menjadi pilihan, memakai serban, kurang makan, menjaga makanannya, sangat berdikari walaupun telah uzur, duduk di atas hamparan lama sehingga carik, sangat kuat ingatan, faham dengan apa yang dihafalnya, sangat sabar, kuat azamnya, tetap pendiriannya, tidak riak, tidak suka bergurau senda, menjahit sendiri tampalan dibajunya, kasutnya berusia 17 tahun yang dibuat sendiri, banyak berpuasa, beliau merendah diri di hadapan orang miskin sekalipun beliau adalah orang mulia di hadapan orang besar dan ternama, suka memaafkan orang, sangat lembut, tenang, tidak gopoh, sangat merendah diri, bersih hatinya, banyak beribadah dan bertahajjud.



CONTOHILAH ULAMA’ AGUNG, MUDAHAN KITA MENDAPAT KEBERKATANNYA.




p/s: dipetik dari Buletin Ro'yuu Dakwah FIFA
 

No comments:

Post a Comment