Official Blog For Bachelor oF Fiqh and Fatwa, Batch 2008/2009 of
Islamic Science University Of Malaysia (USIM)
Kalendar Hijriah
Demi Masa
Nasihat Untuk Para Da'ie
Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Parapenghunineraka iainnya pun menghampirinya danbertanya:”Wahaisaudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yangpernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan)dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernahmenyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuatkemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)
Medium Interaksi Penguat Ukhwah
Carta Organisasi Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Tahun 3 Sesi 10/11 `BERILMU, BERAMAL, BERJASA'
Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat sekali?
Jawapan:
Persoalan ini termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Ada ulama yang berpendapat tidak harus mengumpul niat puasa wajib (ganti) dengan niat puasa sunat dan ada ulama yang mengharuskannya.
Mengikut Dr Abd Rahman al-Birr, Professor di Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar bahawa tidak harus mengumpul niat puasa qadha’ (wajib) dengan puasa sunat untuk satu puasa.
Antara hujahnya ialah mengenai seorang lelaki bertanya Rasulullah saw mengenai hasratnya untuk mengerjakan haji untuk orang lain. Lalu Rasulullah saw bersabda: "Tunaikan haji untuk dirimu terlebih dahulu."
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima yang sunat sehinggalah kamu menunaikan yang wajib”.
Antara ulama yang mengharuskan mengumpul niat puasa qadha’ dengan puasa sunat ialah Syeikh A’tiyyah Saqr (bekas ketua majlis Fatwa al-Azhar). Perkara ini disebut oleh beliau ketika membincang hukum mengenai mengumpul niat puasa qadha’ dengan niat puasa sunat enam hari daripada bulan Syawal. Beliau menyebut perkara ini di dalam kitabnya أحسن الكلام في الفتوي والأحكام . Antara hujah yang digunakan adalah hadis mengenai setiap amalan adalah dengan niat. Walaubagaimana pun adalah afdhal (lebih baik) mengasingkan puasa qadha’ dengan puasa sunat.
Sebagai kesimpulan, permasalahan ini berlaku khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Setiap pihak mempunyai hujah masing-masing. Untuk mencari yang afdhal adalah elok memisahkan antara puasa qadha’ dengan puasa sunat.
Dunia kini acapkali digemparkan dengan malapetaka yang meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Pelbagai persoalan terlintas di benak pemikiran manusia tentang kenapakah Tuhan mengirimkan malapetaka ini sehinggakan ada dikalangan manusia yang sanggup menyalahkan takdir Allah tanpa menyedari Aqidah yang menjadi benteng diri selama ini rosak begitu sahaja. Sesungguhnya sejak 14 abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara jelas faktor berlakunya “bala” yang dikirimkan oleh Allah SWT ke atas umat baginda iaitu:
1.Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit
2.Umat Islam sanggup mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka
3.Muncul golongan anti hadis yang tidak dapat dibendung
4.Umat Islam yang terlalu ramai bergolomang dalam keseronokan
5.Terlampau mewah
6.Ibu melahirkan tuannya
7.Bangunan Pencakar langit
8.Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama
9.Menghimpun harta sebanyak mungkin hingga lupa untuk menggarap ilmu agama
10.Tipu menipu dalam perkara dunia
11.Saling bertengkar dalam perkara remeh temeh yang sepatutnya boleh di maafkan
12.Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut dalam kalangan manusia
13.Riba wujud dimana-mana
14.Ramai orang minum arak dan menganggapnya bukan arak
15.Golongan lelaki makin sedikit manakala golongan wanita semakin banyak
16.Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
17.Orang baik terlalu sedikit manakala orang jahat semakin ramai
18.Muncul orang yang tidak peduli tentang sumber harta yang diperolehinya
19.Berlaku peperangan demi peperangan
20.Masa yang menjadi singkat
21.Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang dinegara umat Islam sendiri
22.Berleluasa amalan rasuah dalam pelbagai bentuk dan helah
23.Muncul galian-galian bumi
24.Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah SWT
25.Bermegah-megah dengan keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama
26.Menggadai Agama demi dunia
27.Pelaksanaan Haji dan Umrah bukan kerana Allah
28.Harta Negara bertukar tangan ke tangan pemimpin
29.Suatu amanah dianggap sebagai batu ujian yang dahsyat terhadap Iman
30.Peperangan di kawasan sungai Furat kerana merebut kekayaan
31.Ketiadaan Iman untuk bersolat Jemaah
32.Loncatan untuk mengaut keuntungan
33.Bayaran zakat di anggap sebagai denda/saman
34.Suami yang terlalu tunduk pada isteri
35.Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu bapa mereka
36.Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kawan dan rakan
37.Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak mereka
38.Berlaku pertengkaran dalam masjid
39.Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih sebagai ketua bagi sesuatu kaum
40.Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya
41.Apabila minuman keras tersebar luas
42.Ramai golongan lelaki memakai sutera
43.Artis-artis wanita diagungkan
44.Alat-alat muzik diguna pakai sebagai mata pencarian
45.Kesilapam manusia kini mengutuk generasi dulu
Maka apabila berlakunya perkara-perkara di atas maka Nabi Muhammad SAW bersabda “ Tunggulah, ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, putting-beliung dan bahaya-bahaya lain hingga berlaku penukaran corak dan rupa.”
Bersama kita renungkan bersama……..
Dipetik dari buku “KENAPA ALLAH MURKA” karangan Mohammad Qayyum A.Badaruddin
“TIDAK LURUS (ISTIQOMAH) IMAN SESEORANG HAMBA ITU SEHINGGA HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEHINGGA LURUS LIDAHNYA”
(HADITH RIWAYAT: AHMAD)
HURAIAN:
1)MAKSUD ISTIQOMAH IALAH TETAP TEGUH DI ATAS JALAN YANG BETUL LURUS YANG MEMBAWA KEREDHAAN ALLAH SWT.
2)DASAR ISTIQOMAH ADALAH ISTIQOMAH HATI IAITU LURUSNYA HATI DI ATAS TAUHID. APABILA HATI TELAH BERISTIQOMAH KEPADA ALLAH DALAM ERTI KATA TAKUT, CINTA, TAWAKKAL DAN MENGAGUNGKAN ALLAH, MAKA SELURUH ANGGOTA TUBUH AKAN TAAT KEPADA-NYA. HAL INI BERLAKU KERANA HATI IALAH RAJA KEPADA BADAN MANAKALA ANGGOTA BADAN ADALAH RAKYATNYA.
3)ANGGOTA TERPENTING SELEPAS HATI YANG MESTI DI BERI PERHATIAN SERIUS AGAR BERISTIQOMAH IALAH LIDAH KERANA LIDAH ADALAH TERJEMAHAN HATI YANG MENGGAMBARKAN PEMIKIRAN SESEORANG.
DIRIWAYATKAN OLEH ANAS R.A: NABI MUHAMMAD SAW PERNAH BERSABDA:
“ TIDAK ADA SEORANG PUN DI ANTARA KALIAN DIPANDANG BERIMAN SEBELUM IA MENYAYANGI SAUDARANYA SESAMA MUSLIM SEPERTI HALNYA IA MENYAYANGI DIRINYA SENDIRI”
(HADITH RIWAYAT: AL-BUKHARI”
HURAIAN:
SIKAP SALING SAYANG MENYAYANG ANTARA SIFAT TERPUJI YANG MENJADIKAN IMAN SESEORANG MUKMIN BERTAMBAH SEMPURNA. SESEORANG MUKMIN YANG SEMPURNA IMANNYA AKAN MENYAYANGI SAUDARANYA SEPERTI DIA MENYAYANGI DIRINYA SENDIRI. BERKASIH SAYANG DALAM ISLAM TIDAK TERHAD KEPADA GOLONGAN TERTENTU SEBALIKNYA MELIPUTI SEMUA PIHAK DENGAN KEUTAMAANNYA DI BERIKAN KEPADA IBU BAPA, SUAMI ISTERI, KELUARGA, SAUDARA MUSLIM DAN AKHIRNYA SELURUH MANUSIA.
DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS R.A KATANYA:
“APABILA NABI SAW MEMBERITAHU SEBUAH PERNYATAAN, BAGINDA MENGULANGINYA SAMPAI TIGA KALI HINGGA ORANG RAMAI DAPAT MEMAHAMI DAN MENGERTI PERKATAANNYA DENGAN BAIK DAN SETIAP KALI NABI MEMINTA IZIN UNTUK MASUK (KE DALAM RUMAH, IA MENGETUK PINTU) TIGA KALI DAN MENGUCAPKAN SALAM.”
(HADITH RIWAYAT: AL-BUKHARI)
HURAIAN:
SIMBOLIK TIGA KALI DALAM SESUATU PERBUATAN BERGANTUNG PADA SITUASI DAN TEMPAT. DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA IBADAH SEPERTI MENGAMBIL WUDHU’, KITA DI KEHENDAKI MELAKUKAN PADA SATU-SATU RUKUN ITU SEBANYAK TIGA KALI, KERANA IA ADALAH LEBIH BAIK BAHKAN TERMASUK DALAM PERKARA SUNAT. MALAH BAGI KEBANYAKAN PERKARA, PERBUATAN MENGULANG-ULANG ITU DI ANGGAP AKAN MENYEMPURNAKAN KEKURANGAN YANG BERLAKU SEBELUMNYA DARIPADA LANGSUNG TIDAK MELAKUKANNYA ATAU SETIDAK-TIDAKNYA MENDUAKAN MALAH LEBIH BAGUS MENIGAKAN DAN SETERUSNYA. JIKA KURANG DARI TIGA KALI DI TAKUTI MENJADI KURANG BERMANFAAT, KHUSUSNYA DALAM PERBUATAN MENGINGAT ATAU MENGHAFAL ILMU YANG MENUNTUT KITA MENGULANG-ULANGNYA BEBERAPA KALI, SESUAI DENGAN SIFAT MANUSIA YANG MUDAH LUPA. NAMUN BEGITU, ADA JUGA BERLAKU SEKIRANYA SESUATU ITU DI LAKUKAN LEBIH DARI TIGA KALI AKAN MENGUNDANG MUDHARAT DAN KEBURUKAN ATAU JATUH PADA TAHAP BATAL. CONTOHNYA, JIKA BERGERAK DENGAN SENGAJA LEBIH DARI TIGA KALI SEWAKTU DALAM SOLAT, SOLAT DI ANGGAP BATAL.
Karnival Mahasiswa 2010 (Student Carnival 2010) merupakan program tahunan anjuran MPP USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Karnival yang melibatkan semua kelab/persatuan pelajar di bawah Bahagian HEP dan semua Sekretariat Fakulti ini akan berlangsung selama seminggu, bermula 19 Julai hingga 25 Julai 2010.
Pelbagai program dan aktiviti akan diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya pameran kelab/persatuan pelajar, bazar jualan, demonstrasi seni bela diri dan aktiviti-aktiviti berkaitan mahasiswa.
Majlis perasmian Karnival Mahasiswa akan diadakan pada 20 Julai 2010 hari Selasa jam 4.00 petang yang akan dirasmikan sendiri oleh Naib Censelor Universiti Sains Islam Malaysia.
Pelajar-pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Mahasiswa 2010.
" Rasakanlah kerendahan saat engkau ruku’ dalam solat, kerana engkau meletakkan jiwamu pada asalnya, yakni tanah. mengembalikan cabang ke pokoknya, dengan cara bersujud ke tanah yang darinya engkau diciptakan. (Imam Al Ghazali)
Abdul atahiyyah berkata: Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?
Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?
Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?
Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentabgan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan,kebaikan dan khabar baik?
"katakanlah:"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)
Doa Kami Bersamamu Palestine
Untuk Mu Palestin
Album : Gema Alam Munsyid : Raihan http://liriknasyid.com
Berdzikirlah dengan nama Tuhanmu Bermunajatlah di tengah malam Bertaubat padaNya
penuh rasa hamba Agar doa kita dimakbulkan Agar Palestin kita genggam semula Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air Kebenaran Al-Quran dan Sunnah Palestin kan dimiliki lagi Ingatlah Allah dan hindarkan dosa Palestin kan aman lagi Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land Remember Allah
and stay away from sin Palestine will be at peace again And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan Pada Allah yang Maha Kuasa Ketakutan dan kelemahan Peluru dan dentuman Bukan lagi penghalang Pembelaan Allah akan datang Palestin... Palestin... Palestin Palestin... Palestin... Palestin
Sahabat Sejati
Walau siapapun anda, terima kasih kerana sudi berkunjung